Modul 3 : Hak Asasi Manusia & FPIC
Mengiktiraf dan menghormati hak asasi manusia adalah salah satu asas utama bagi pengeluar minyak sawit yang mampan.
Di bawah Prinsip & Kriteria RSPO, penanam yang diperakui mesti menunjukkan komitmen dalam meningkatkan kehidupan, kesejahteraan sosial dan alam sekitar bagi semua pihak yang tinggal dan bekerja dalam serta sekitar kawasan ladang sawit milik penanam.
Penanam yang diperakui juga mesti menunjukkan bahawa penggunaan hak guna tanah komuniti dilindungi dengan melaksanakan Izin Berasaskan Makluman Awal, Bebas dan Telus (FPIC). FPIC tersebut mestilah dipersetujui oleh komuniti tempatan tanpa sebarang bantahan selaras dengan penggunaan undang-undang tanah hak adat komuniti.
Sila lihat video berikut untuk ketahui lebih lanjut: