
PEMANGKIN
Persatuan Pemangkin Kesedaran Sosial merupakan sebuah persatuan yang ditubuhkan di Kuching untuk jalankan penyelidikan, latihan dan advokasi di Sabah dan Sarawak.
We are a non-profit association based in Kuching to undertake research, training and advocacy in Sabah and Sarawak.
Siapa Kami?
PEMANGKIN merupakan sebuah organisasi berdaftar yang ditubuhkan pada tahun 2020. Kami jalankan bengkel dan latihan berkait rapat dengan pengetahuan sivik, penyelidikan berasaskan evidens, latihan dan advokasi dalam menyokong rangkaian persatuan sivil di Sarawak dan Sabah.

Aktiviti kami
Bersama rakan rangkaian persatuan sivil, kami berusaha untuk meningkatkan kesedaran dalam masyarakat mengenai kepentingan budaya demokrasi, keadilan sosial dan pembangunan yang mampan.

Membina sebuah masyarakat yang berilmu dan harmoni yang mempunyai budaya demokrasi yang menghormati hak-hak asasi manusia, prihatin terhadap alam sekitar dan mempromosi pembangunan yang mampan.

Meningkatkan kesedaran tentang demokrasi, hak asasi manusia dan pembangunan yang mampan dalam kalangan ahli politik, aktivis persatuan masyarakat sivil, pihak media, penggubal polisi dan penuntut ilmu.



















