Modul 2 : Pensijilan
Proses pensijilan adalah penting bagi mengawal kesan pengeluaran produk ke atas alam sekitar dan hak asasi manusia. Pensijilan dapat memberi jaminan kepada pengguna bahawa piawaian pengeluaran sesebuah produk adalah mampan. Pensijilan RSPO dapat memastikan pengeluaran minyak sawit yang mampan terhadap alam dan manusia.
Bagaimanakah Pensijilan RSPO Berfungsi?
Pengeluar minyak kelapa sawit hanya boleh diberikan pensjilan RSPO selepas melalui pengesahan proses pengeluaran minyak sawit mampan yang ketat mengikut Prinsip & Kriteria RSPO 2018. Pensijilan ini boleh ditarik balik pada bila-bila masa sekiranya berlaku pelanggaran peraturan dan piawaian.
Untuk rujukan terlebih lanjut, lihat video dibawah: