Film Screening
CIVICA Research telah bekerjasama dengan Freedom Film Network untuk mengadakan FreedomFilmFest2020 secara maya (online). Bagi meraikan acara utama yang diadakan pada 12 Disember 2020, CIVICA Research, dengan sokongan Freedom Film Network, telah mengatur pra-acara ini bersama tiga belia wanita Orang Asli yang berasal dari Semenanjung Malaysia.
Pra-acara: LIGHTS! CAMERA! ACTION! BELIA WANITA IN ACTION! membawa fokus perbincangan “Memperkasakan suara Wanita Muda kaum Orang Asli dan juga penglibatan wanita Orang Asli dalam filem”.
Ahli panel yang hadir dalam acara ini ialah Sherry (Sherry Tan A/P Tan Hock Khee), Anis (Maranisnie Mohsin), Yana (Yaliyana Lenab). Mereka adalah sebahagian daripada sekumpulan belia wanita Orang Asli di sebalik filem pendek SELAI KAYU YEK dan KLINIK KU HUTAN.
Pra-acara ini ditayangkan di Youtube secara langsung pada 27 November 2020, 3.00 petang.
Berikut merupakan poster filem SELAI KAYU YEK dan KLINIK KU HUTAN.


Leave a Reply