Modul 5: Pekebun Kecil Sawit
Terdapat dua jenis pekebun kecil sawit di Malaysia iaitu pekebun kecil bebas dan pekebun kecil skim. Menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), pekebun kecil skim adalah pekebun kecil di bawah pengawasan FELDA, RISDA, FELCRA dan Skim Pembangunan Tanah Negeri. RSPO pula mendefinisikan pekebun kecil skim sebagai pekebun kecil yang terikat dengan kontrak, perjanjian kredit atau perancangan dengan kilang tertentu.
Pekebun kecil skim tidak dapat memilih tanaman yang mereka tanam, teknik penanaman dan pengurusan tanaman diawasi oleh pengurus kilang, estet atau skim.
Pekebun kecil bebas adalah mereka yang bebas mengatur, mengurus dan membiayai secara sendiri serta mempunyai kebebasan untuk memilih cara penggunaan tanah, memilih jenis tanaman dan cara pengurusan sendiri.
Isu dan Cabaran Bagi Pekebun Kecil
- Kurang sokongan kewangan dan kemampuan untuk membeli benih dan baja
- Kebergantungan kepada orang tengah/peniaga buah kelapa sawit. Kadangkala peniaga mengenakan yuran pelbagai yang terlalu tinggi (forklif, dan sebagainya) dan mengaut keuntungan yang berlebihan daripada pekebun kecil.
- Keadaan tempat pengumpulan FFB yang kotor dan menjejaskan kualiti buah.
5.1 Program Pensijilan RSPO Bagi Pekebun Kecil
Pensijilan RSPO membantu pekebun kecil untuk meningkatkan hasil, menembusi pasaran antarabangsa, memperbaiki mata pencarian mereka dan mengurangkan risiko konflik tanah. Pensijilan adalah simbol kepercayaan dan bukti amalan mampan dalam sesuatu operasi.
Sila lihat video berikut:
Sila layari https://rspo.org/smallholders untuk makluman lanjut mengenai Program Pensijilan RSPO Untuk Pekebun Kecil.
5.2 Program Tabung Sokongan Untuk Pekebun Kecil RSPO (RSSF)
RSPO telah menubuhkan satu dana sokongan yang dapat membantu pekebun kecil untuk mendapatkan pensijilan dan perakuan RSPO. Tabung ini dapat mengurangkan kos pekebun kecil dalam tiga kategori utama:
- Pensijilan
- Segala persediaan ke arah pensijilan seperti kos latihan Amalan Pengurusan Baik (Best Management Practices), sistem dokumentasi, dan sistem kawalan dalaman
- Audit
- Satu kali audit tetapi tidak termasuk Penilaian Pra-Audit
- Impak
- Merujuk kepada sebarang projek selain daripada projek pensijilan dan audit seperti pemetaan ladang pekebun kecil, penilaian Nilai Konservasi Tinggi (High Conservation Value) di kawasan berisiko tinggi, penyertaan pekebun kecil di kawasan bidang kuasa dan sebagainya.
Cara Permohonan RSSF
Pemohon perlu mengenalpasti jenis pembiayaan yang diperlukan dengan memuat turun dan melengkapkan templat cadangan seperti berikut:
- Permintaan dana untuk pembiayaan Kos Audit Pensijilan Pekebun Kecil
- Permintaan dana untuk Projek Pensijilan Pekebun Kecil
- Permintaan dana untuk pembiayaan Projek Impak Pekebun Kecil
Sila layari https://rspo.org/smallholders/rspo-smallholder-support-fund-rssf/introduction-rssf
untuk makluman lanjut mengenai Program Pensijilan RSPO Untuk Pekebun Kecil.