Mengenai Kami

PEMANGKIN merupakan sebuah organisasi berdaftar yang ditubuhkan pada tahun 2020. Kami jalankan bengkel dan latihan berkait rapat dengan pengetahuan sivik, penyelidikan berasaskan evidens, latihan dan advokasi dalam menyokong rangkaian persatuan sivil di Sarawak dan Sabah.

Membina sebuah masyarakat yang berilmu dan harmoni yang mempunyai budaya demokrasi yang menghormati hak-hak asasi manusia, prihatin terhadap alam sekitar dan mempromosi pembangunan yang mampan.

Meningkatkan kesedaran tentang demokrasi, hak asasi manusia dan pembangunan yang mampan dalam kalangan ahli politik, aktivis persatuan masyarakat sivil, pihak media, penggubal polisi dan penuntut ilmu.

Perkhidmatan Kami

Pendidikan Sivik

Kami menghasilkan pengisian dan bahan-bahan pembelajaran mengenai peranan dan tanggungjawab rakyat dalam masyarakat yang demokratik.

We develop content and material resources that strengthen our understanding of the roles and responsibilities of citizenship within a democratic society.

Bengkel dan Latihan

Kami jalankan program perkongsian ilmu, program latihan kemahiran dan bengkel berasakan isu semasa untuk menggalakkan perbincangan polisi yang rasional.

We organise knowledge-sharing meetings, skill-training programmes and issue-based workshops that promote inclusivity, diversity, justice and equitable development.

Penyelidikan dan Advokasi

Kami jalankan penyelidikan dan kajian untuk melihat perhubungan di antara isu sosial, dasar pembangunan dan demokrasi. Kami percaya bahawa pembangunan secara mampan dapat dijalankan jikalau kita berkongsi sumber lebih secara saksama, memulihara sumber asas kita, mengehadkan pencemaran dan menghormati alam sekitar.

We undertake research that highlights the links between social issues, development policy and democracy. We believe that sustainable development is possible if we share our wealth more equitably, conserve our resource base, limit pollution and respect the environment.