Program dan Aktiviti Lepas PEMANGKIN


Bengkel “Jalan Menuju Kebangsaan” di Sibu dan Kuching
Dua bengkel demokrasi ‘Jalan Menuju Kebangsaan’ dianjurkan di Sibu dan Kuching bersama ahli-ahli Parti Demokratik Progresif (PDP) Sarawak, sebuah ahli komponen Gabungan Parti Sarawak. Bengkel tersebut dianjurkan berdasarkan sebuah dokumentari Astro Awani yang mendokumentasikan bagaimana Sarawak dan juga Sabah bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu untuk membentuk Malaysia. Dokumentari tersebut berfokuskan kepada pembentukan Malaysia yang sebenarnya merupakan projek dekolonisasi Empayar British yang melibatkan sebahagian besar ahli elit politik dan ekonomi di Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak.
Two ‘Road to Nationhood’ democracy workshops were conducted in Sibu and Kuching with members of the Progressive Democratic Party (PDP) of Sarawak, a component member of the governing state coalition (Gabungan Parti Sarawak). The workshops were based on the Astro Awani documentary of the same title that documented how Sarawak together with Sabah merged with the Federation of Malaya to form Malaysia. The documentary allowed us to focus on how Malaysia was really a decolonization project of the British Empire involving largely local political and economic elites in Malaya, Singapore, Sabah and Sarawak.