Mengenai Kami

PERSATUAN PEMANGKIN KESEDARAN SOSIAL (PEMANGKIN) merupakan sebuah organisasi berdaftar yang ditubuhkan pada tahun 2020. Kami jalankan bengkel dan latihan berkait rapat dengan pengetahuan sivik, penyelidikan berasaskan evidens, latihan dan advokasi dalam menyokong rangkaian persatuan sivil di Sarawak dan Sabah, Malaysia. Bersama rakan rangkaian persatuan sivil, kami berusaha untuk meningkatkan kesedaran dalam masyarakat mengenai kepentingan budaya demokrasi, keadilan sosial dan pembangunan yang mampan. Sebelum ini, kami dikenali sebagai CIVICA Research.

PEMANGKIN is a registered society established in 2020. We undertake civic education, evidence-based research, capacity training and advocacy work in support of a network of civil society organisations based primarily in the states of Sarawak and Sabah, Malaysia. Together with our network partners, we work to raise awareness in society about the importance of democratic culture, social justice, and sustainable development. Previously, we were known as CIVICA Research.

Visi

Membina sebuah masyarakat yang berilmu dan harmoni yang mempunyai budaya demokrasi yang menghormati hak-hak asasi manusia, prihatin terhadap alam sekitar dan mempromosi pembangunan yang mampan.

To build a well-informed and harmonious community that respects human rights, concerned for the environment and encourage a sustainable development.

Misi

Meningkatkan kesedaran tentang demokrasi, hak asasi manusia dan pembangunan yang mampan dalam kalangan ahli politik, aktivis persatuan masyarakat sivil, pihak media, penggubal polisi dan penuntut ilmu.

To raise awareness on democracy, human rights, sustainable development among political parties, civil society organisations media, policy makers and academicians.

Perkhidmatan Kami


1

Pendidikan Sivik

Kami hasilkan modul dan bahan-bahan pembelajaran mengenai peranan dan tanggungjawab rakyat dalam masyarakat yang demokratik.


2

Bengkel

Kami jalankan perkongsian ilmu, program latihan kemahiran dan bengkel untuk menggalakkan perbincangan polisi yang rasional.


3

Penyelidikan & Advokasi

Kami jalankan penyelidikan yang berfokus kepada hubungan di antara isu sosial, dasar pembangunan dan demokrasi.

Our partners:

Purple Lily
Sarawak AIDS Concern Society (SACS)
SAVE Rivers
Rise of Sarawak Efforts (ROSE)
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
Sarawak Dayak Iban Association (SADIA)
Sister’s United
Sabah Environmental Protection Association (SEPA)
Merdeka Center
Non-Timber Forest Products (NTFP)
Lawyer Kamek for Change (LK4C)
Teori Timur

Create a website or blog at WordPress.com